Baju Nikah Mutiara Nude
Koleksi baju akad nikah ready made. Baju akad nikah ni antara Koleksi terbaru kat butik Cik Ayle ye. Design yang baru. Cutting kurung riau yang sangat kemas dan cantik. Semua bentuk badan boleh pakai dan paling best, memang terletak elok bila dipakai.
Kain dia pulak kita buat susun belakang. Tapi jangan risau selesa je untuk korang jalan masa dan melayan tetamu masa majlis korang nanti sebab material baju ni lembut.
Baju akad nikah ni color nude. Nude ni color pastel tau.
Material baju akad nikah ni, kita guna dull satin with exclusive lace. Dull satin ni tekstur yang ringan dan tidak panas. Paling penting baju tak jarang dan selesa. Korang tak rasa berlecak even pakai baju nikah ni satu hari melayan tetamu dan photoshoot.
Kemasan yang kita guna lace dan batu dibahagian tangan, bawah baju dan bawah kain. Kalini, baju kita berkonsepkan minimalis.
Kurung moden labuh yang dipadankan dengan konsep batu merlip.
Sangat cantik dan minimalis.
Kalau korang nak jimat lagi, korang boleh ambik pakej set couple. Baju melayu add on RM100 sahaja tau. Tak payah dah nak risau takut tak jumpa baju nikah lelaki color sama macam baju nikah perempuan.
Pertanyaan, klik sini : galerikurungshahalam.wasap.my