Cart 0

3 Benda Yang Wajib Ada Dalam Kad Kawen

3 Benda Yang Wajib Ada Dalam Kad Kawen

Assalamualaikum kesayangan 🌹
Korang sihat? Hari ni Cik Ayle nak share tentang 3 BENDA WAJIB KORANG KENA LETAK KAT kad kawen.
Okey, here we go !

3 BENDA WAJIB ADA KAT KAWEN korang ialah :

1. Detail majlis
Tarikh, masa dan alamat wajib ada tau.Ni maklumat paling penting untuk kad kawen korang nanti.Ni benda first yang korang kena check masa kad kawen korang siap nanti tau.

2. No telefon untuk dihubungi
No telefon ni pun penting jugak. Tapi jangan la letak no telefon pengantin ye. Korang letak la no telefon mak ayah, adik beradik atau orang yang ditugaskan untuk menjga majlis korang nanti.

Yela, kalau tak jumpa tempat tu boleh la diaorang call dan ada la orang yang bantu diaorang nanti.Kalau letak no telefon pengantin nanti siapa nak tolong jawab kan 🤣

3. Peta ke rumah pengantin
Haaa ni pun boleh membantu pra jemputan untuk cari tempat berlangsungnya majlis korang nanti tau. Peta simple simple je pun boleh asalkan orang boleh faham.

Ni Cik Ayle belanja beberapa contoh kad kawen ↓
(Contoh-contoh ni semua Cik Ayle ambik dari google je)



Btw, korang rasa bila waktu yang tepat untuk korang buat kad kawen ?
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Cik Ayle, kad kawen korang kena tempah at least 3 bulan sebelum majlis tau. Lagi lagi majlis yang  nak jemput jemputan yang ramai tu.

3bulan ni korang just tempah tau bukan baru nak pilih design, baru nak survey harga. Design, tema, harga korang kena survey sebelum tu lagi.
Haa tu je la yang Cik Ayle nak share harini. 

Semoga bermanfaat & membantu la info Cik Ayle ni 🌹


Older post Newer post