Cart 0

5 Tips Hadapi Dugaan Perkahwinan

5 Tips Hadapi Dugaan Perkahwinan

Assalamualaikum. Hi korang. Harini Cik Ayle nk kongsi sedikit tips untuk hadapi dugaan perkahwinan. Alam rumahtangga ni lagi banyak dugaan dan cabaran yang suami isteri kena lalui lagi lagi awal perkahwinan. Dugaan dari segi kestabilan hidup, kewangan, emosi dan sebagainya. Al maklumlah sebelum ni seorang diri lepas kahwin hidup berdua pula kan.   Gaduh gaduh tu asam garam dalam rumahtangga yela sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pula hubungan suami isteri kan.   Yang penting cara suami isteri untuk atasi dugaan itu

  • Dugaan itu warna warni kehidupan

Hakikat kehidupan berumahtangga tidak sunyi dari ujian. Akan tetapi ujian dan kesusahan yang berlaku itu terselit beribu hikmah yang akan membuatkan kita tersenyum tatkala mengetahuinya.

  • Memberi maaf dan meminta maaf

Luahkan segalanya pada Allah. Carilah ketenangan dengan mengingati Allah. Kemudian berbincang dengan baik bersama pasangan anda. Jangan kerana satu kesalahan menghapus seuluh kebaikan pasangan anda.

  • Melihat masalah sebagai pengalaman hidup

Setiap manusia yang singgah memberi pengalaman baru bagi pasangan tersebut untuk menyelesaikannya. Lihatlah masalah itu sebagai pengalaman yang bakal mematangkan diri untuk menghadapi kehidupan mendatang

  • Pahit itu pasti berlalu, sabar itu manis

Sabar dalam menguruskan rumah tangga kerana ia tidak semudah yang kita sangka. Kehidupan bujang dan kehidupan setelah berumah tangga pasti berbeza. Akan tetapi ingatlah bahawa rumahtangga itu amanah dari Dia.

  • Persiapan diri dengan mencari ilmu

Ujian setelah setahun berkahwin itu tidak sama dengan ujian setelah 5 tahun berkahwin. Ujian ketika mempunyai anak seorang tidak sama dengan ujian ketika sudah mempunyai 5 orang anak. Persediaan utama haruslah dengan ilmu dan kefahaman tentang erti sebuah rumah tangga.


Salah faham tu memang akan selalu terjadi. Yang penting kita suami isteri kena pandai selesaikan. Saling berkomunikasi sangat penting untuk jaga keharmonian rumahtangga. Apa apa pun Selamat Pengantin Baru buat yang baru mendirikan rumahtangga   


Btw jom singgah butik Cik Ayle, Galeri Kurung Shah Alam kat seksyen 7