Assalamualaikum selamat pagi kesayangan Cik Ayle. Sihat ke? Lama Cik Ayle tak berkongsi tips dengan bakal pengantin semua.
Kalini Cik Ayle share antara topik yang wajib korang dan pasangan berbincang tau
1. Kewangan
- kena tahu status kewangan pasangan korang. ada hutang tak? jenis komitmen atau berapa tanggungan? pendapatan bulanan dan cara pasangan korang urus kewangan.
2. Tempat Tinggal
- lepas kahwin kena decide nak stay dengan mertua ke tinggal asing ke.
- nak menyewa ke atau beli rumah baru, iku kemampuan masing masing yang penting ada kata sepakat antara pasangan.
- kalau korang kena LDR (perhubungan jarak jauh) lepas kahwin, kena siap sediakan mental fizikal. LDR lain pula cabaran nya nanti
3. Rahsia
- lepas kahwin tak boleh ada rahsia antara pasangan. kepercayaan antara satu sama lain tu penting untuk kesejahteraan rumahtangga korang.
- ada masalah kena bawa berbincang elok elok, jaga aib sesama pasangan. lepas kahwin tak semua benda kita boleh kongsi dengan orang luar walaupun dengan keluarga sendiri.
4. Kerjaya
- sebelum kahwin. masing masing kena paham dengan kerjaya pasangan korang, work life pasangan korang. sebab lepas keperluan makan minum pakaian adalah tanggungjawab bersama. kalau pasangan korang jenis busy kerja kena ada sepakat siapa nak kena sediakan makan dan kemas rumah dan sebagainya. kesefahaman tu dah perlu wujud sebelum ijab dan qabul lagi
setakat ni sahaja perkongsian dari Cik Ayle. bakal pengantin kalau masih tercari-cari baju nikah boleh la singgah butik
Butik Galeri Kurung Seksyen 7 Shah Alam
10am - 7pm (Rabu tutup)