Assalamualaikum selamat pagi salam jumaat kesayangan Cik Ayle semua. Apa khabar sihat tak? sekarang ni musim banyak virus dan penyakit. kena sentiasa jaga diri, jaga kesihatan, jaga pemakanan lagi-lagi bakal pengantin. Haa sebut pasal bakal pengantin ni harini Cik Ayle nak kongsi sedikit info atau persediaan dari segi kewangan untuk bakal pengantin semua. Okay jom kita start....
1. Paham lifestyle pasangan. Cuba ubah apa yang perlu.
Maksudnya kalau pasangan korang jenis suka berbelanja, lebih banyak beli barang kehendak dari keperluan, cara ni kena ubah. kena pandai bezakan antara barang keperluan dan kehendak. kena ubah cara urus kewangan sebab lepas kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit.
2. Ambil tahu status kewangan pasangan.
Ini sangat penting ya untuk sama-sama urus kewangan lepas kahwin. kena ambil tahu komitmen yang pasangan korang tengah uruskan, pendapatan bulanan. Dengan mengetahui gaji bulanan masing-masing, bermacam-macam lagi perancangan kewangan yang anda boleh lakukan. Boleh fikirkan soal pembelian rumah, bajet bulanan, bayaran hutang setiap bulan, perbelanjaan harian dan banyak lagi.
3. Perbelanjaan kos majlis perkahwinan termasuk hantaran dan mas kahwin.
Yang ni kena berbincang dan ikut kemampuan masing-masing. Jangan sampai berhutang semata untuk ada majlis yang grand. Kehidupan lepas kahwin lagi penting dan banyak perlu guna duit. Tetapkan kos perbelanjaan semaksimum yang boleh dan cuba rancang awal supaya dapat buat persediaan awal. perbelanjaan kos majlis ni termasuklah pakaian sepersalinan pengantin, lokasi majlis, katering, hantaran, doorgift.
4. Kemudahan atau tempat tinggal lepas kahwin.
Jangan lupa berbincang untuk tempat tinggal dan kenderaan yang korang akan gunakan lepas kahwin nanti. kalau bercadang nak menyewa, kos sewa kena ambil kira dan masukkan dalam perbelanjaan bulanan. pastikan perbincangan dapat persetujuan dua belah pihak. kalau tempat kerja masing-masing dekat seeloknya pergi kerja sekali, boleh kurangkan kos minyak, parking, tol dan sebagainya :) mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan cubalah untuk kurangkan.
5. Tabung simpanan atau kecemasan.
Walaupun dan kahwin nanti, perkara ni penting ya. Akan datang kita tak tau apa bakal terjadi. Cuba berbincang untuk buat tabung ni. Lebih baik buat tabung simpanan supaya dapat digunakan waktu kecemasan nanti. Boleh jadi tengah bulan kereta tiba-tiba rosak ke, anak sakit ke, rumah nak kena repair ke. sebarang kemungkinan boleh terjadi. lebih baik sediakan payung sebelum hujan. :)
Haa setakat ni tu antara perkara besar pasal kewangan yang Cik Ayle rasa penting. Nnti kalau ada info tambahan Cik Ayle update lagi ya.
Buat bakal pengantin yang tengah survey baju nikah, jom walk in butik Cik Ayle
Butik Galeri Kurung sek 7 Shah Alam. Baju nikah murah ada, baju tunang ada,
Beli baju perempuan, baju melayu slimfit tambah RM100 je. Kalau boleh jimat buat apa nak spend lebih kan ;D