Cart 0

Perbezaan antara Mas Kahwin dan Duit Hantaran.

Perbezaan antara Mas Kahwin dan Duit Hantaran.

Assalamualaikum. Hi korang. sihat ke ? moga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Harini Cik Ayle nak kongsi apa beza MAS KAHWIN dan DUIT HANTARAN. Cik Ayle tahu ada yang macam pening pening lalat lagi kan perbezaan dua ni hehe  

1) Apa itu

Mas Kahwin - (Mahar), menurut istilah Syara’ ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Hantaran - pula merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga. . Wang hantaran pula bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri, ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.


2) Hukum

Mas Kahwin - wajib dan ada dalam rukun nikah

Hantaran -  tidak wajib, sekadar adat. 


3) Bentuk Pemberian

Mas Kahwin - Duit, Al-Quran atau dalam bentuk barang seperti barang perhiasan seperti cincin, gelang tangan

Hantaran - Duit tunai atau cek


4) Kadar

Mas Kahwin - telah ditetapkan mengikut negeri

Hantaran - mengikut perbincangan dan persetujuan kedua dua belah pihak


Haa dh nampak kan beza mas kahwin denganduit hantaran? hehe. apa apa pun semoga dipermudahkan segala urusan korang.


nak cari baju nikah jangan lupa singgah Butik Galeri Kurung Shah Alam kat seksyen 7 tau. Sederet dengan butik Jovian, atas Jovian pharma.