Assalamualaikum. Hi kesayangn Cik Ayle. Harini nak share cara-cara nak isi borang nikah bagi korang yang bakal nikah di Selangorπ Haa mesti ramai yang tertanya-tanya kan macam mana step nak mengisi borang nikah ni. So guys, make sure follow step ni tau π
1) Isi secara online borang "kebenaran berkahwin" di website SPPIM. Ni link ye π https://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline. Masukkan maklumat diri dan pasangan korang dan submit. Lepas selesai isi borang, make sure korang simpan NO RUJUKAN tu tau.
Bukan apa, nanti senang nak kemaskini dan update apa-apa yang patut π Btw, borang ni kena ikut negeri masing-masing tau. Negeri tempat korang nikah nanti. Ni antara link yang Cik Ayle tau ye (maaf kalau ada yang dah di kemas kini baru )
SPPIM - Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor dan Selangor
E-Munahakat - Pulau Pinang, Pahang, Terengganu (http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perkahwinan)
E-Qariah - Kelantan (http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php)
E-NCR - Johor (https://jainj.johor.gov.my/e-undang-undang-syariah-encr-nikah/)
KISWA - Sarawak (https://kiswa.sarawak.gov.my/forms/PROSEDUR_PERMOHONAN_NIKAH.pdf)
JHEAINS - Sabah (https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/orang-awam/perkahwinan)
Untuk pengetahuan korang, pihak lelaki kena lengkapkan dulu borang nikah ni, sebelum bagi kepada pihak perempuan ye.
2) Next, kedua-dua pasangan kena buat HIV test dan kursus kahwin (kecuali korang yang dah pernah berkahwin sebelum ni). HIV test ni boleh buat kat mana-mana klinik kerajaan. Korang kena buat appointment dulu tau.
Sebaiknya, korang call dulu klinik tu untuk dapatkan kepastian.
3) PihakLelaki kena bawa borang pengesahan permastautinan. Kalau alamat sekarang tak sama dengan alamat korang yang dalam kad pengenalan, bawak borang dan jumpa dengan pengerusi penduduk untuk dapatkan pengesahan.
Jangan lupa bawa bil elektrik untuk pengesahan okeyyπ
4) Pihak lelaki kena bawa borang tu untuk berjumpa dengan kariah masjid atau penolong pendaftar perkahwinan untuk dapatkan pengesahan dan cop kariah.
5) Dah lengkap cop semua, bawa borang ke PAID dan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan. Boleh refer checklist yang pejabat agama sediakan tu ye.
Dah lengkap semua, barulah pihak lelaki boleh serahkan borang tu kepada pihak perempuan.
7) PStep seterusnya, pihak perempuan kena bawa borang yang dah lengkap berjumpa dengan kariah masjid dan mintak tandatangan wali. Wali tu bapa pengantin perempuan. Sekiranya bapa dah tiada, kena rujuk turutan wali kat sini ye π https://galerikurungshahalam.blogspot.com/2020/03/jenis-jenis-wali-dan-susunannya.html
Sekiranya ingin menggunakan wali hakim, pihak perempuan kena rujuk kepada pejabat agama dahulu.
8) Setelah semuanya lengakpa, pihak perempuan dah boleh submit borang kat PAID berserta dokumen sokongan yang diperlukan. Macam biasa, dokumen yang diperlukan, kena rujuk checklist yang pejabat agama sediakan.
Then, tunggu borang kebenaran bernikah diluluskan π
9) Setelah dapat borang kebenaran bernikah, pihak perempuan boleh submit pada jurunikah ye.
Dah settle isi borang nanti ajak pasangan korang singgah butik Cik Ayle tau. Butik Galeri Kurung Shah Alam. Baju nikah dan baju melayu sedondon pun ada.
Cuci mata online π