1. Memberhentikan persiapan majlis
Walaupun ada pengumuman tarikh nikah korang dah dibatalkan, jangan stop untuk menyiapkan persiapan majlis.
Sebab, once keadaan sedikit reda, pejabat agama akan call bagi date baru. Mostly, dapat tarikh last minute ! Kalau korang dah siapkan semua persiapan, korang tak perlu pening dah walaupun dapat tarikh nikah last minute.
2. Salah memilih doorgift
Kita sedia maklum dengan keadaan covid sekarang. Elakkan la dalam memilih doorgift & hantaran yang ada expire date & yang mudah rosak.
Keadaan covid ni akan berpanjangan sehingga 2021. So, sebagai langkah berjaga-jaga, korang pilihlah doorgift yang tahan lama, dan tidak mudah rosak ye.
3. Print kad kahwin terlampau banyak
Musim covid camni, sangat digalakkan kalau korang buat kad kahwin digital. Covid ni memang takkan reda dalam masa terdekat.
Ubahlah kad kahwin korang dari kad kahwin yang printed kepada kad kahwin digital. Lagipun, jumlah tetamu yang bakal hadir pun ada limit. So, berpada-pada dalam membuat persiapan dari segi kad kahwin.
Musim covid ni, sangat mencabar buat bakal pengantin. Tarikh yang dah dirancang, ada yang ditunda, ada yang terpaksa dibatalkan. Apapun, semoga niat korang untuk membina masjid dipermudahkan ye.
Insyaallah, korang focus majlis akad nikah dulu. Selepas covid reda, insyaallah korang boleh buat majlis perkahwinan yang korang idamkan.