Cart 0

Langkah Langkah Ujian Saringan HIV Pra Perkahiwnan Untuk Bakal Pengantin

Langkah Langkah Ujian Saringan HIV Pra Perkahiwnan Untuk Bakal Pengantin

1. Kenalpasti klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan kawasan anda

Ujian saringan HIV hanya boleh dibuat di Klinik Kesihatan Kerajaan & Hospital Kerajaan sahaja. Klinik swasta tidak dibenarkan. Seeloknya, hubungi klinik tersebut untuk memastikan samaada mereka ada menawarkan ujian saringan HIV atau tidak.

Kebiasaannya, setiap klinik mempunyai sesi ujian saringan & prosedur yang berbeza. Buat temujanji jika perlu.

Selain itu, semak jika negeri anda ada menyediakan borang khusus saringan HIV pra perkahwinan atau tidak.


2. Sediakan RM1 dan kad pengenalan

Memandangkan ujian saringan HIV ini dibuat di klinik kerajaan, bayaran RM1 sahaja akan dikenakan. Oleh itu, anda perlu sediakan RM1 dan kad pengenalan sahaja.

Sekiranya negeri anda ada menyediakan borang khusus untuk saringan HIV, bawa sekali borang tersebut.


3. Isi borang ujian saringan HIV pra perkahwinan

Sila pergi ke kaunter pendaftaran pesakit luar dan beritahu pegawai yang bertugas untuk membuat saringan HIV pra perkahwinan. 

Anda akan diberi Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan dn Borang Kebenaran Memberi Ujian Saringan HIV (mengikut negeri-negeri masing-masing) untuk diisi.


4. Ujian saringan HIV menggunakan Rapid Kit Test

Ujian ini akan menggunakan Rapid Kit Test dan keputusan boleh diketahui terus dalam masa 15-20 minit. Darah anda akan diambil dari hujung jari dengan menggunakan jarum lancet. Jangan risau, tak sakit pun.


5. Keputusan ujian sringan HIV

Jika single line, itu bermaksud keputusan adalah negatif. Manakala double line menunjukkan keputusan adalah positif.

Anda akan dimaklumkan mengenai keputusan ujian dan akan diberikan sampul surat untuk diserahkan kepada Pendaftar Perkahwinan nanti.


Cik Ayle doakan semoga urusan persiapan pernikahan korang dipermudahkan   



Older post Newer post