Cart 0

3 Tips Untuk Memilih Bunga Tangan

3 Tips Untuk Memilih Bunga Tangan

1. Pilih bunga yang sesuai dengan baju akad nikah

Kalau baju akad nikah korang ada perincian yang sarat dan berat. Pilih bunga tangan yang simple dan minimalis supaya korang tak nampak terlampau sarat.

Sekiranya baju korang simple, pilih bunga tangan yang lebih sarat dan besar untuk menonjolkan character raja sehari.

2. Pilih bunga tangan yang sesuai dengan tona kulit

Bagi korang yang berkulit cerah atau pucat, elakkan dari memilih bunga yang berwarna putih ye. Nanti nampak kelam dan kusam. Kalau nak jugak ada bunga color putih, korang campurkan dengan color lain. Contohnya, bunga putih, peach dan pink adalah kombinasi yang sangat trend dan cantek !

Bagi yang berkulit gelap, korang boleh pilih bunga yang kaya dengan warna seperti pink atau peach. Merah pun cantek tau. Cantek giler !

3. Pilih bunga yang sesuai dengan bentuk badan masing masing

Bagi korang yang berbadan kecil, pilih la bunga yang kecik dan tak terlampau besar supaya bunga tu tak outshine character korang.

Untuk yang berbadan sedikit besar, bunga yang berjuntai seperti orkid sangat sesuai untuk korang. Kalau tak suka yang berjuntai, boleh pilih bunga yang mempunyai batang yang halus dan panjang seperti tulip.

Semoga bermanfaat 😉



Older post Newer post