1. Basuh guna air sejuk
Kalau korang nak basuh baju tu, jangan guna air panas tau. Guna air sejuk biasa je. Bukan air sejuk yang ada ais tu ye. Air paip biasa. Ni nak elak lace dia rosak.
2. Jangan basuh guna mesin
Baju lace ni, fabrik yang lembut dan mudah tercarik. lebih-lebih lagi kalau ada perincian seperti manis, batu dan labuci. Kalau kita letak dalam mesin, lace dan batu-batu tu akan rosak. Cara yang betul adalah, korang just rendam je baju tu dengan air sabun. Rendam pun, jangan rendam bercampur dengan baju lain tau. Rendam baju tu je. Kita taknak batu-batu dia tersangkut kat baju lain.
3. Jangan perah baju lace terlalu kuat
Cukur sekadar dipicit-picit dan ditekan supaya airnya kering sedikit. Baju lace, tekstur sangat fragile. Kalau kita perah terlalu kuat, baju akan rosak dan lace mudah terkoyak.
4. Terbalikkan baju ketika menjemur
Sinar matahari tu mampu membuatkan warna pada baju kita lusuh dan luntur. So, seeloknya terbalikkan baju sebelum menjemur supaya baju tak cepat lusuh.
5. Lapik lace sebelum seterika
Seeloknya, kita guna steam iron untuk seterika baju lace yang ada perincian batu. Sekiranya kita takde steam iron, kita lapik dulu lace tu sebelum kita seterika.
Selamat mencuba ye. Hope tips yang Cik Ayle share ni dapat membantu korang untuk menjaga baju lace korang ye😘
Cara Penjagaan Baju Lace Dan Beads
← Older post Newer post →