Cart 0

5 Prosedur Lafaz Akad Nikah

5 Prosedur Lafaz Akad Nikah

1. Khutbah Nikah

Hukum khutbah nikah adalah sunnah. Seeloknya dibaca oleh wali. Akan tetapi, kebiasaannya dibaca oleh jurunikah. Khutbah nikah ni ibarat opening kepada akad nikah gitu la.

Apa fungsi khutbah nikah ni?

Dalam khutbah nikah ni ada info perihal rumahtangga la. Ibarat peringatan dan nasihat berkaitan rumahtangga buat pengantin baru.

2. Akad Nikah

Akad nikah ni ijab dan qabul la uols. Aku terima nikah nya. Pastu saksi cakap, SAH SAH SAH. Macam dalam drama tu ha 🤣

Tapiii .. kena ingat tau. Sah je lafaz nikah tu, bermula la kehidupan baru kita sebagai suami dan isteri. Lafaz dan janji yang datang dengan tanggungjawab yang cukup besar buat kita dan pasangan. Semoga pengakhiran kita jugak penuh dengan kegembiraan sama macam permulaan lafaz dan janji semasa akad.

3. Lafaz Taklik

Lepas selesai ijab dan qabul, pengantin lelaki akan baca lafaz taklik. Lafaz taklik ni penting tau bukan sekadar cukup syarat wajib je ye. Fahamkan dan semat dalam kepala lafaz tu. Ia ibarat satu perjanjian yang perlu ditepati bagi pasangan suami isteri sepanjang bergelar suami isteri.

4. Upacara Batalkan Air Sembahyang

Saat yang mendebarkan gitu 😜 Cecece tersipu-sipu la tu uolss. Isteri salam tangan suami. Suami cium dahi isteri. Sunnah kalau suami letak tangan kanan kat ubun-ubun isteri dan membaca doa :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا ، وَخَيْرِ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا ، وَشَرِّ مَا جُبِلَتْ عَلَيْهِ
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.

5. Solat Sunat Nikah

Akhir sekali, pengantin baru disunatkan untuk mengerjakan solat sunat nikah sebagai tanda bersyukur kepada Allah swt kerana telah memudahkan segala urusan pernikahan ini.

Semoga perkahwinan yang kita bina, sentiasa diredhai dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Cik Ayle doakan semoga perkahwina kita semua bahagia sampai syurga ❤️



Older post Newer post