Cart 0

Pelaksanaan Upacara Akad Nikah di Negeri Selangor

Pelaksanaan Upacara Akad Nikah di Negeri Selangor

Assalamualaikum. Hi korang, harini Cik Ayle nak share cara pelaksanaan akad nikah pasca PKP buat semua bakal pengantin. Semoga bermanfaat !

  1. Pelaksanaan adalah dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan masjid sahaja dari hari Isnin sehingga Ahad.

  2. Kehadiran adalah terhad kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

  3. Telah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi COVID-19 dan memenuhi kriteria berikut:

    i. Pfizer, AstraZeneca & Sinovac – melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

    ii. Johnson & Johnson dan CanSina – melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.


    iii. Ujian RT-PCR COVID-19 hanya WAJIB kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali yang belum melengkapkan vaksinasi mereka.

     
    iv. Ujian dijalankan dalam tempoh 72jam (3hari) dari waktu pelaksanaan majlis & menggemukkan keputusan ujian kepada Pendaftar@PPP sebelum majlis dilaksanakan.


  4. Pihak-pihak terlibat WAJIB mematuhi ketetapan semasa MKN, KKM dan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan.

  5. Jika terdapat mana-mana pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan upacara nikah.

  6. Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jikat terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dan peraturan semasa yang ditetapkan.


*Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui panggilan telefon atau email

03-55143400/03-55143600 atau buuk@jais.gov.my 


Cik Ayle doakan semoga majlis akad nikah korang berjalan lancar dan bahagia sampai syurga.


p/s : pening nak cari baju nikah , baju melayu slimfit yang berbaloi dan cantik cantik ? Jom singgah butik Cik Ayle kat seksyen 7 Shah Alam je. korang waze Butik Galeri Kurung Shah Alam. Jumpa di butik ya   



Older post Newer post