Cart 0

5 Tahun Pertama Perkahwinan

5 Tahun Pertama Perkahwinan

5 TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN FASA YANG PALING MENCABAR BAGI SEMUA PASANGAN

Sekiranya kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaALLAH, tahun - tahun selepas itu akan menjadi lebih mudah.

Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni :

𝟭- MENGENALI PERANGAI SEBENAR PASANGAN

Adakah perangai pasangan semasa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat-buat? Masa ni la kita akan tahu. Walaupun bercinta bertahun-tahun, date hari hari, belum tentu kita tahu perangai sebenar pasangan kita. Kita hanya akan kenal perangai sebenar selepas duduk serumah, tidur sekatil dengan pasangan.

Sebulan dua berkahwin, masih manis lagi. Selepas itu, perangai sebenar akan nampak. Jenis yang pengotor, pemalas dan tabiat-tabiat lain akan keluar. Yela, bak kata orang kan, kita takkan mampu berlakon selama-lamanya.

Kalau dapat yang akhlak baik, insya ALLAH, aman dan tenteram hidup. Kalau dapat yang jenis suka cari salah, mau bergaduh setiap masa.

2-KEWANGAN BELUM STABIL

Kalau duduk rumah dengan family, belum rasa lagi tekanan kewangan tu sebab belum bayar sewa dan utility lain. Belum lagi nak penuhkan prabot rumah. Nampak simple tapi ramai yang kecundang bila bab kewangan ni tau. Kat sini la perlukan kesabaran yang tinggi.

Penuhkan perabot satu persatu. Bulan ni, share dgn pasangan, beli satu peralatan. Next month pulak, share beli lagi satu. Jangan beli semua kalau kita tak mampu. Kita baru kahwin, kewangan tak kukuh lagi. Jangan habiskan duit membabi buta.

Jangan spend ikut nafsu. Berpada-pada dan kena ukur baju dibadan sendiri. Jangan terikut-ikut orang yang mampu sediakan rumah yang lengkap utk pasangan, kita pun nak expect benda yang sama dari pasangan. 

Poket kita tak sama.

3- KESEFAHAMAN & TOLAK ANSUR

Kalau kita pilih isteri yang bekerjaya, kita kena sedar & terima bahawa dia takkan mampu untuk menjaga rumah sepenuhnya. Penting untuk suami membantu dalam menguruskan rumahtangga sekiranya kedua-dua pasangan bekerjaya.

Bertolak ansurlah dan bahagi kerja rumah bersama-sama. Sekiranya isteri balik lambat, boleh terus tapau makanan atau suami tolong masak nasi. Isteri memasak, suami tolong kemas meja. Isteri basuh baju, suami tolong sidai kat luar. Saling melengkapi dan toleransi kunci utama bahagia.

Semua pasangan tak terlepas dari fasa mencabar ni. Kena belajar cara untuk tackle ujian-ujian ni. Percayalah, semua ni akan berlalu dan jadi kenangan paling manis buat kita dan pasangan. Semoga rumahtangga yang kita bina, kekal bahagia sampai syurga.



Older post Newer post